Design by KX SYSNET. Powered by Blogger.

CERITA & LAWAK


Miss U ni Best



Jgn g ke restoran ni coz x ckup tempat duduk je...



Mari menderma dadah...



Surat servis ehem2...



Had perkhidmatan anda...

Tarzan terputus talinya kt bandar...

RXZ convert...

Telefon berkamera...
Mangsa keadaan...
Mangsa keadaan bersama...
Mari berlumba bersamaku...(muke x bsalah)
Helmet keselamatan...
Pingu malaya kilometer terlelap....
Teropong sedut bau...
Waktu perniagaan...
Nasi goreng org gila...
Berani mempertahankan reban ayam...

Doraemon...

Mangsa keadaan beramai2....


_______________________________________________________


Jom bunuh setan...

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin
isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran
dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan
isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu
berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah
tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan,
minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun
bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan
oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan
yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti
pengantin baru yang lain.... ...

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti
kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah
jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang,
abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/
bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga
syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama
seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami
"yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk
bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya
tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh
syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari
kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan...
bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata
"banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil
mengangguk lemah.

Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"



"Jangan Ketawa..."

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal
membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak
henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah
selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya
mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya.
Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain
kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya
kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis
kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya
gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa",
gadis itu masih tak berpuashati

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di
khalayak ramai? " getusnya.




Selamat Pagi Cikgu...

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? 
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! 
Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. 
Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. 
Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. 
Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, 
lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.) 




Anak Kembar Punya Hal...

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang 
rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata 
kepada lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat 
melahirkan anak kembar dua." "Kembar dua! Kebetulan pula, 
saya bekerja di menara berkembar Petronas," kata lelaki 
yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang 
memberitahu kepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat 
melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!"
"Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, 
kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu 
kepada lelaki ketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat. 
Tuan dikurniakan anak kembar empat" kata jururawat itu dengan tenang.
"Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja 
di Four Season Hotel," kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. 
Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan 
lelaki keempat itu. Mereka bertanya, "Apakah yang merunsingkan awak?"

Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven."




Tatacara Jawab Telefon Paling Kerek...

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah 
dan kebanyakannye samaterpikir kah anda untuk menjawab dengan 
jawapan yang betul Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan 
jawapannye (tak le boring sangat lebih lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon)

1 Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maapsini bukan balai polis

2 Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane

3 Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler buat ape tanye saya

4 Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur

5 Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumahbapak ade pasal rumah ni bapak yang beli

7 Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maapnombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye time kacih

8 Soalan: haloo, tolong panggilkan samad saya nak bercakap dengannye
Jawapan: sila panggil sendirisaya sibukmaap

9 Soalan: halloo 
Jawapan: haloo pusat sakit mental disini anda ingin mendaftar?

10 Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya
Jawapan: maap ini bukan kaunter pertanyaan

11 Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi kalau saya masih menjawab betul le tu

12 Soalan: assalammualaikum
Jawapan: waalaikummussalam(tupp!terus letak teponsalam kite wajib
jawab)




Belalai Gajah...

Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. 
Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk 
itu terpaksa berdiri. Tiba2 die berasa ada yang menyonggolnya 
lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo… ada seorang ibu 
hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki 
gemuk itu bertanya…

Lelaki Gemuk :Hai, akak bunting ya?

Ibu Hamil : Takdelah! Sudah tahu tanya lagi. 
(kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya).

Lelaki Gemuk : Isinya orang ya kak?

Ibu Hamil : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun bunting ya?

Lelaki Gemuk : Ya! Hahahahaaa!!!

Ibu Bunting : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die pertanyaannya), 
Isinya orang ya?

Lelaki Gemuk : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!!

Ibu Buting : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)

Lelaki Gemuk :Laa kenapa akak ketawa?

Ibu Bunting : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar. 
(sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)




Lawak Buah...

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga 
lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu 
dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, 
ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. 
Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. 
"Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan 
tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. 
Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. 
Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, 
" Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, 
kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan 
kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, 
lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. 
Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, 
lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. 
Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa 
ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" 
tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita 
tu keluar dengan membawa buah durian!!"




Kereta Rosak...

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan 
kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah line kerosakan. 
Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang 
berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. 
Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta 
evo 8 berhenti di sebelah kancil tadi. "Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"
tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....
"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya 
tarik kereta pakcik sampai tol "mamat nie bagi idea. "worrait gak tu...", 
tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam" 
"Ok pakcik".. mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan 
hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.dia pun jalanla.. 
dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, 
apa lagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. 
Mamat tu pun slowkan balik..Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang 
dan press minyak kat mamat evo 8.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, 
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan 
kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.Orang tua tu punya la hangin satu badan, 
dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo 8 tu dah tak sedar dah 
angin punya pasal.Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. 
Vrooommm. Bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie.. 
Cecah 250km/j memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya 
saman kereta-kereta yg laju nie..."Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, 
sebuah ferrari,sebuah evo 8 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.. 
Sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo 8 tu.. kete kancil ngah bagi hon 
dan hi beam untuk nak potong kete evo tu!!!'




"STAFF PENIPU..."

Seorang bos sedang menunggu staff-staff nya datang ke ofis untuk bermesyuarat.
Bos itu sungguh marah kerana tiada seorang pun sampi ke ofis.  Tiba-tiba kelihatan
salah seorang staff nya berlari menuju pintu ofis.....

Staff 1: Bos..jangan marah dulu..saya boleh jelaskan kenapa saya lewat hari ini...
Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi 
terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya 
terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh
dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.

Bos tersebut amat hairan dan pelik dengan penjelasan staff tersebut tetapi 
membiarkan sahaja kerana beliau dapat datang jugak.  Seketika kemudian 8 orang
staff datang dengan keadaan kelam kabut dan bos pun bertanya setiap seorang 
dari mereka kenapa mereka lewat.

Bos: Kenapa kamu lewat.

Staff 2:Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas
tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan.
Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu
jatuh dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.

Bos itu pelik dan agak hairan dengan penjelasan staff tersebut tetapi dia telah
melepaskan staff yang pertama dari apa-apa hukuman dan terpaksa juga
melepaskan staff yang kedua itu.  Dan setiap staff yang ditanya mengapa mereka
lewat dan penjelasan mereka juga sama dan akhirnya soalan ditujukan kepada 
staff ke-9.

Bos: Ha ..kamu pula ..apa pula penjelasan kamu?

Staff 9:Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas
tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi....

Bos:Biar saya teka..[bos itu menyampuk..]..teksi tu rosak kan...

Staff 9: Bukan...ada terlalu banyak bangkai kuda di tengah jalan...teksi langsung
tidak boleh bergerak...




Tersalah rendam...

Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang 
juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit 
petua.

Pemuda : Tok, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya 
masih belum bersedia. Bagilah petua untuk saya menghadapi malam 
pertama nanti.

Bomoh : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi 
lelaki. Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat 
dilupakan oleh isteri kamu nanti.

Pemuda : Bagaimanakah caranya tok bomoh.

Bomoh : Begini,kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan 
ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya.

Pemuda : Bagaimana caranya tok ?

Bomoh : Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam 
air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu.

Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata 
oleh tok bomoh pada setiap malam.

Pada malam pertamanya, tok bomoh juga berada dirumahnya. 
Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat. 
Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya 
kepada pemuda tersebut. Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari 
biliknya dengan wajah yang sedih. Tok bomoh hairan lalu bertanya 
kepada pemuda tersebut.

Bomoh : Kenapa cepat sangat..?

Pemuda : Saya punya memamng panjang tok tapi kenapa hanya 
sebesar pensil saja...?

Bomoh : Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan...?

Pemuda : Sudah tok. Tiap-tiap malam saya merendam saya punya 
dalam segelas air teh.

Bomoh : Teh apa yang kamu gunakan ?

Pemuda : ????????? Mustika Ratu - Slimming Tea tok...




Panggilan Percuma Tanpa Had...

Semalam saya mendapat idea untuk mencari cara-cara mengenakan telco-telco seperti Maxis, Celcom, DIGI dan lain-lain. Dan tanpa diduga.......SAYA BERJAYA!!!

SAYA BERJAYA HACK UNTUK MEMBUAT PANGGILAN PERCUMA DENGAN MANA-MANA TELCO SEKALIPUN!!!

Sebenarnya, saya agak keberatan nak share trick yang saya jumpa ni. Tapi bila saya fikir balik, tak baik kita kedekut ilmu kan.

Jadi, saya akan cuba ajar sedaya upaya saya untuk bagi anda pandai. Tapi jangan la bagitau seluruh dunia pulak trick ni. Kalau pihak berkuasa atau pihak telco sendiri yang tahu saya takut cara ini akan diblock dan gagal la nak dapat panggilan percuma.

Saya ingatkan, tips ini dapat digunakan untuk semua nombor. Boleh digunakan tanpa had waktu.

Tanpa membuang masa jom kita tengok cara-caranya:

1. Pastikan kredit minimum di HP anda harus RM0.50 atau lebih.


2. Pastikan nombor telefon yang akan anda buat nanti sedang aktif.

3. Pastikan anda mengetahui nombor HP kawan anda.

4. Salin 5 digit pertama dan 5 digit terakhir nombor telefon yang ingin anda dail.

5. Buka SMS kosong di HP anda.

6. Taipkan nombor telefon kawan anda.

7. Langkah terakhir taip SMS dengan isi seperti di bawah ini… 


“Wei telefon aku cepat, sekarang jugak... PENTING SANGAT NI!!”




Kisah tiga anak dara kawin serentak...


Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.......

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan....

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...........

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.....

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."

0 comments:

Post a Comment